Budaya Lyrics

Album: Budaya

SIJI LORO TELU PAPAT GO

Budayo apa itu Budayo ?

Cara hidupku itulah budayaku

Cara hidupmu itulah budayamu

Ku sedari perbezaan kita

Tiada halangan untuk hidup bersama

Budayp apa itu Budayo ?

Jangan tuduhku si perosak budaya

Hanya kerana seniku yang berbeza

Usah dicaci suatu yang berlainan

Kerana ia hakikat kehidupan

Budaya apa itu Budayo ?

Kita selalu terbawa-bawa terikut-ikut perasaan

Hanya yang lama itu budaya, yang baharu hanya pencemaran

Kita hanya mahu yang lama, kita tolak pembaharuan

Hai berdegil keras kepala dengan alasan junjung warisan

Budaya kita yang ada kini adalah hasil perubahan zaman

Harus kita semua sedari ia suatu kenyataan

Budaya bukannya statik ia terus berkembang

Kita bukan xenophobik, semua yang baharu kita tentang.